Tuesday, December 14, 2010

Batu Serai (SOLD) : antikmistik

>> Mahar :      RM 170
>> Khasiat :    - pemanis
                        - pelaris
                        - pendinding
>> Hubungi Bakhtiar@ParaMunajat : 012-5391237/ 014-2424230 

Batu permata memang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Ini kerana manusia yang terkenal dengan sifat sukakan keindahan memang tertarik dengan keunikan dan keindahan yang ada pada batu permata. Batu Bunga Serai sangat popular di kalangan masyarakat Melayu kerana keganjilan dan tanda-tanda sebelum menemui batu permata ini. Biasanya serai makan atau serai batu asalnya tidak berbunga. Kadang-kadang terdapat juga khazanah di bawah serai wangi yang berbunga. Tetapi jika berbunga itu merupakan suatu keanehan dan mempunyai tanda-tanda yang tersendiri. Sebenarnya Batu Bunga Serai ini merupakan batu permata yang disorok oleh jin di bawah rumpun pokok serai. Biasanya Batu Bunga Serai ini disorokkan di bawah akar pokok serai yang berbunga itu. Kadang-kadang rimbunan serai wangi yang berbunga juga menjadi pilihan jin untuk menyorokkan batu permata ini. Apabila serai berbunga, bagi sesetengah orang ini menjadi petunjuk awal kemungkinan terdapat Batu Bunga Serai. Biasanya Batu Bunga Serai ini menjadi buruan kerana dipercayai mempunyai kelebihan dalam bidang perubatan terutamanya untuk penyakit yang berkaitan dengan dengan makhluk halus dan dikatakan boleh mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Untuk mengambil Batu Bunga Serai bukanlah semudah yang disangka. Terdapat cara-cara yang tertentu untuk mengambilnya. Jika tidak menepati syarat, Batu Bunga Serai yang digali akan hilang sekelip mata jika kita tidak tahu cara untuk mengambilnya.

1 comment:

  1. sekarang pelik xde bunga pun org boleh dpt batu serai.. ape citer

    ReplyDelete