Sunday, February 27, 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG

Assalammualaikum...salam sejahtera,salam ukhwah dari kami paramunajat utk semua,syukur dan puji
kami panjatkan kepada allah,tuhan bagi alam semesta yang telah mengurniakan masa lapang bagi kami
untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang boleh dijadikan panduan hidup di dunia dan di akhirat..pada waktu yang sama selawat serta salam,kami hadiahkan kepada penghulu segala rasul dan nabi,sebaik-baik teladan dan ikutan,iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W,seterusnya kepada semua ahli bait,parasahabat dan orang-orang yang mengikuti tingkah laku dan ajaran mereka..
"YA...ALLAH YA TUHAN KAMI jadikan kami hamba-hamba yang digolongkan bersama orang-orang
yang engkau kasihi AMIN YA RABBAL ALAMIN..."
Baiklah apa yang ingin dikongsikan disini adalah mengenai khasiat dan kegunaan pelbagai surah dan ayat-ayat yang mustajab yang terdapat didalam al-Quran serta diiringi dengan doa-doa untuk mencapai pelbagai hajat sama ada untuk diri,keluarga dan juga untuk orang lain yang memerlukan pertolongan kita dengan izin allah insyaallah...
  Sebagai pengetahuan kita bersama ,apa yang ingin dikongsi disini adalah dari hal-hal yang berbentuk fadilat dan khasiat.justeru,sumber dan dalil yang dikemukakan tidak semuanya dari nas-nas yang soheh,tetapi sesetengahnya bersumber dari hadis-hadis hasan dan tingkatan dibawahnya.kerana,untuk tujuan beramal dengan perkara-perkara yang sunat,hadis lemah sekalipun dibenarkan sebagai sandaran.bahkan banyak amalan sunat para salihin bersumber dari hadis-hadis da'if.selain itu sumbernya adalah dari pengalaman orang-orang soleh dan ahli-ahli sufi yang telah mengamalnya dan telah mendapat hasil yang dimaksudkan.kaifiat merekalah yang dijadikan ikutan.
Walau bagaimana pun tujuan sebenar adalah untuk memberi jalan keluar kepada kaum muslimin yang ingin membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat yang disertakan dengan khasiat dan kegunaan yang bersifat' segera' manfaatnya.Dan sekiranya khasiat tersebut tidak segera dapat dirasakan ketika didunia,namun amalan itu tetap mendapat ganjaran di akhirat kelak..insyaalllah...ianya mendatangkan manafaat kepada semua bagi mereka-mereka yang mengamalnya.pada waktu yang sama berharap agar mendapat pahala dari allah s.w.t insyaallah.....
>>bersambung,,,______________________________________________________________________

Monday, February 21, 2011

UNSUR-UNSUR KESIHATAN DALAM ISLAM

percayalah kepada tuhan,dalam kesatuannya dan setiap sesuatu yang datang adalah atas kehendaknya.sedikit penyakit datang sebagai dendaan kepada tingkah laku yang tidak senonoh dan sebahagian pula datang sebagai ujian bagi hambanya untuk mengamati samaada mereka berdaya tahan menerimanya,dia menghantar yang baik dan yang buruk,miskin dan kaya,yang tidak berkeupayaan dan yang sihat.dia memberi penghormatan dan mengaibkan.dia memberi kuasa dan dia memberi kelemahan,permasalahan dan kesenangan.
  sebagai tuhan bagi manusia,dia mempunyi kuasa bagi menguji hamba-hambanya dan juga untuk memikat mereka,untuk memastikan samaada mereka berlaku benar kepadanya dari arah petunjuknya atau sekiranya mereka menyimpang dan bertukar perlakuan atau sekiranya mereka bertingkah laku baik dan kekal sebagai hambanya dalam semua situasi.ini adalah kepercayaan 'qadar',kepercayaan bahawa kita adalah  dibawah arah ketuhanan dan peraturannya dan bahawa  kesemua kejadian yang berlaku,atas kehendak tuhan.kewajaran yang membelakangi ini, adalah satu ujian bagi hambanya untuk mengamati samaada mereka bertingkah laku baik dan menghormatinya selalu,dibawah apa jua peraturan.
  sekarang semua orang makan sehingga kenyang dan juga mereka mahu banyak lagi.tanpa berhenti mereka akan makan gula-gula dan coklat.ini adalah perangai binatang; sentiasa sibuk dengan tubuh fizikal setiap masa dengan makan,minum,merokok sehingga masanya tiba untuk tidur.mereka tidak akan memberi perut berehat.sebab utama penyakit adalah perut yang kenyang,maka berpuasa adalah sememangnya pengubatan yang utama.
  akhirnya seseorang mesti memastikan kualiti yang mereka makan.hari ini adalah sukar untuk mencari sesuatu yang tiada hormon didalam nya.daripada luar ia nampaknya baik tetapi ia penuh dengan hormon,sebab mengapa banyak hormon digunakan adalah kerana manusia mengunakan 90% daripada sumber semulajadi.bagi membolehkan kita berpuas hati dengan keperluan yang bertambah,baja semula jadi tidak mencukupi lagi.
  kerugian yang besar adalah sebab bagi sebahagian penyakit dan sekiranya manusia dapat menukarkan itu,penyakit akan berkurangan dengan cepatnya.dan adalah baik untuk membeli dikedai makanan kesihatan.makanan disana tiada hormon dan harga. yang tinggi akan mengelakan  orang daripada membazir.
   pertamanya adalah penting untuk bersabar dan kemudiannya bila anda makan, makan sedikit sahaja,jangan terlalu banyak dan jangan membazirkan apa-apa dan makan makanan semulajadi daripada kedai kesihatan makanan.
   bila anda menyediakan makan buat biasanya dengan tujuan yang baik, makan dengan tangan kanan,ini adalah sunnah nabi muhammad saw sebab syaitan makan dengan tangan kirinya dan akan membinasakan diri.
kebersihan adalah sangat penting,jikalau tidak ada perlindungan terhadap penyakit.guna air bagi setiap kali,bila pergi ketandas dan juga sebelum makan,seseorang mesti mencuci tangan,mulut dan muka.air adalah asas bagi kehidupan dan semakin banyak ianya digunakan semakin sihat seseorang.ambil garam sebelum dan selepas makan,secubit adalah mencukupi,ia dapat menghindarkan daripada banyak penyakit kerana ia dapat memudahkan penghadaman.ini adalah keunggulan tuhan yang datang kepada kita melalui nabi-nabi.
  adalah menjadi sunnah agar tidak tidur atas perut.adalah baik untuk tidur di sebelah kanan atau atas bahagian tubuh belakang,sama mengadap kiblat( arah kedudukan kiblat) atau meletakan kepala anda ke arah tersebut.orang yang beriman yang telah menyera diri kepada tuhan,akantidur atas bahagian tubuh belakang jangan benar bayi atau kanak-kanak tidur atas perut mereka.
   bagi gigi anda mestilah mengunakan miswak.juga kumur mulut sebanyak mungkin dengan air dan juga gunakan serbuk gigi yang dibuat daripada garam dan abu.juga bila dibicarakan tentang penjagaan gigi adalah lebih baik mengunakan bahan semulajadi daripada mengunakan bahan kimia misalnya ubat gigi.
sekian wasallam....

Sunday, February 20, 2011

“Kullu nafsin zaa iqatul maut”

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah itu kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

Saturday, February 19, 2011

NASI ASMA

Caranya :

ALWADUD - makna : Yang Maha Mengasihi
Ucaplah asma di atas sebanyak 1000 kali pada beras yang akan dimasak. Setiap 100 bacaan, ditiup pada beras tersebut.Setelah menjadi nasi, makanlah ia bersama seluruh keluarga. Insya-Allah, anda sekeluarga akan hidup dalam harmoni dan sayang-menyayangi.

Thursday, February 17, 2011

Pemanas/Penghalau Penunggu Rumah

Ya Zal Jala Li Wal Ikrom
Bacakan ayat di atas sebanyak 1000 kali pada batu kecil, kemudian selitkan di bawah/penjuru rumah yang
berpenunggu. Insya-Allah, penunggu tersebut akan gelisah dan kepanasan, menjadikannya lari dan keluar
dari rumah tersebut.
Setiap 100 kali ditiup pada batu tersebut.

Sunday, February 13, 2011

URUT TRADISIONAL DAN URUT REFLEKSI

BAGI ANDA YANG MENGALAMI SAKIT-SAKIT BADAN,SAKIT SENDI ATAU TERSELIUH DAN SEBAGAINYA
BOLEH LAH MENGHUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT TERSEBUT DAN UNTUK TEMUJANJI
BOLEHLAH MENGHUBUNGI KAMI DITALIAN >>0125391237 -0142424230